Saturday, January 10, 2009

Cinta Itu Bagai Permata

Apa itu cinta?
Adakah sekadar perasaan?
Adakah sesuatu yang tinggi nilainya?
Atau, adakah ia sesuatu keperluan dalam kehidupan ini?

Cinta itu bagai permata
Jika pandai menjaga
Eloklah nilainya
Jika tidak dijaga seeloknya
Pudarlah kilatnya
Sebagaimana pudarnya
Perasaan cinta

Cinta itu bagai permata
Jika terjatuh ke tanah
Maka sukar untuk disatukan kembali
Sebagaimana cinta yang suci
Yang mula berpaling arah
Tidak mungkin ia kembali ke asalnya

Cinta itu bagai permata
Tinggi nilainya
Berbanding dengan kaca
Jika pandai menilai cinta
Maka pilihlah cinta
Yang sebaik-baiknya.

Cinta…
Haruskah dicari?
Haruskah dikejar?
Adakah ia akan datang dengan sendiri?
Apakah itu cinta?
Masih menjadi tanda tanya pada diriku ini…

No comments:

Post a Comment