Saturday, January 10, 2009

Hidup

hidup ini penuh misteri
kadang kala di atas
kadang kala di bawah

seorang yang sering menangis
tidak membawa maksud bahawa dia dilanda kesusahan
dan seorang yang sering berjenaka
tidak pula membawa maksud bahawa dia dilanda kegembiraan

wajah hanyalah topeng
yang sebanar hanya ada di sebalik hati

namun
hidup harus saja diteruskan
kerana
tiada siapa pun yang tahu
akan rahsia yang tersirat di hari esok

-----------------------------------------------------------------------

dan ingat lah wahai teman,
walau apa yang akan berlaku antara kita esokan hari,
akanku senantiasa di sini
untuk mendengar segala luahan hati.

No comments:

Post a Comment