Wajahmu kian pudar di ingatan
Mungkin telah sekian lama tak bersua
Namun, masih lagi bertanda tanya
Siapakah gerangan?
Setiap kali renungan bertemu
Pelbagai rasa hinggap di hati
Naluri dan fikiran terganggu
Namun, siapakah gerangan?
Bagai telah bertemu di masa lalu
Tapi bila? Di mana?
Semuanya misteri
Siapakah gerangan?
Renunganmu bagai melempar pelbagai petanda
Tetapi aku tidak mengerti
Wahai insan misteri
Siapakah gerangan?
Usah lagi berrahsia
Ungkapkanlah isi hatimu
Agar tidak lagi misteri
Oh, siapakah gerangan?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment